INTRODUCTION

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Wednesday, April 13, 2011

Gua Ikan, Dabong

Berada di dalam gua batu kapur yang terletak beberapa kilometer dari pekan Dabong ini, terasa seperti berada di dalam perut seekor ikan besar. Stalaktit yang terjulur ke bawah dari bumbung gua yang terbentuk oleh titisan air, kelihatan seperti anak tekak seekor ikan yang ternganga mulutnya. Selain Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan Gunung Ayam, Taman Rekreasi Gua Ikan juga adalah salah satu daripada tarikan alam semulajadi yang terkenal di Dabong.

Terdapat juga gua-gua kecil yang tidak kurang menarik di dalam bukit batu kapur yang direntangi oleh sebatang anak sungai yang jernih ini, seperti Gua Keris, Gua Batu Susun dan Gua Pagar. Di sekitar Gua Ikan, terdapat juga kawasan lapang yang luas dan amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan rekreasi. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di kawasan ini ialah seperti menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, mendaki bukit dan perkelahan.

About Dabong

Dabong ialah sebuah daerah dan pekan kecil yang terletak di selatan jajahan Kuala KraiKelantan. Pekan ini terletak sejauh kira-kira 155 km dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Tempat lain yang berhampiran ialah KemubuKuala GerisBukit Abu dan Kampung Durian Badak. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur. Di barat daya terletaknya Gunung Setong ( 1422m ). Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas.
Dari Dabong anda boleh pergi ke Gua Musang, Loging dan Cameron Highland melalui jalan raya yang agak sempit dan bahaya. Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan.
Terdapat juga landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong.

[sunting]

detik terakhir berasama rakan-rakan UKM

sudah lama aku meninggalkan blog ni, malam ni terdetik untuk aku membukannya. ni gambar terakhir au enjoy bersama kawan-kawan sebelum pulang exam dan seterusnnya menjalani latihan industri di tempat masing-masing. rasa sebak untuk meninggalkan kalian kerana sudah bertahun bersama, sebelum mengundurkan diri aku memomohon jutaan kemaafan dari kalian andai selama perkenalan kita ini banyak kelakuan aku yang membuatkan kalian berasa hati, kecil hati dan sebagainya...andai dipanjangkan usia mungkin kita akan berjumpa lagi, andai tidak aku doakan kalian semoga berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi. sekian untuk kawan-kawan. aku tujukan lagu 'andai dapat kundurkan masa' khas untuk kalian semua.